Cabaran Dalam Sektor Swastaa. Kurang keyakinan terhadap transformasi baharu seperti perbankan
Zaman sekarang banyak membuat penipuan dan banyak scammer. Sebagai contoh, scammer menyamai sebagai pegawai bank , pegawai LHDN dan sebagainya untuk menipu orang ramai dengan menggunakan identiti palsu mereka.
b. Kurang kepercayaan dengan transformasi pendigitalan
Pada saat ini juga timbul satu isu mengenai aplikasi My Sejahtera dari sudut politik. Masyarakat bimbang timbulnya isu penjualan aplikasi My Sejahtera kepada pihak swasta. Ini kerana data yang disimpan di dalam aplikasi ini data identiti. Menurut Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa pemilikan My Sejahtera dipindahkan sepenuhnya daripada agensi kerajaan lain kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau juga berkata tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada KPISOFT (M) Sdn Bhd iaitu syarikat yang menyediakan aplikasi tersebut.
Cabaran Dalam Sektor Awam
a. Mengintegrasikan pengunaan ke arah penyampaian perkhidmatan awam
Pandemik Covid-19 ini menyebabkan kita terpaksa beralah kepada teknologi tinggi. Sejak itu kita menempuh ancaman ini kepada norma yang baharu. Pada masa kini, kita perlu membuat temu janji dahulu untuk berurusan dengan orang bagi menghadkan dan mengurangkan pendemik ini menular. Sebagai contoh, apabila kita mendapat kerja kita hanya membuat interview seseorang itu hanya dengan menggunakan “zoom online”. Ini salah satu kaedah yang ada bagi komunikasi dengan orang luar. Namun begitu , jika berlakunya talian internet kurang kuat ini menyebabkan kita terasa terganggu. Bukan itu sahaja, kita juga kurang puas apabila kita tidak berkomunikasi dengan bersemuka.
b. Tiada menyediakan kemaskini data bagi masyarakat
Di Malaysia , kerajaan tiada menyediakan akses yang baharu ataupun aplikasi mudah ahli baru. Aplikasi mudah ahli yang dimaksudkan ini iaitu satu akses bagi para pengguna rakyat mengakses data peribadi mereka. Bukan itu sahaja , penyediaan ini memerlukan kos yang tinggi. Sebagai contoh, Singpass adalah salah satu contoh aplikasi Singapura yang digunakan di rakyat Singapura . Segala data seperti Lesen Memandu, Kad Vaksin ataupun rekod identiti dapat juga dicatat disitu dan tidak perlu print dan hanya perlu memaparkan sahaja identiti tersebut. Perkhidmatan digital ini digunakan Digital Kebangsaan yang boleh dipercayai. Bukan itu sahaja, segala macam yang disimpan dalam bentuk satu data diri sahaja.
0 Ulasan