MyDigital


 Apa itu MyDigital ?

MyDigital menggariskan rancangan untuk mempercepat pencapaian Malaysia sebagai negara ekonomi maju dari teknologi melalui Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia. Rangka tindakan ini menetapkan trajektori sumbangan ekonomi digital kepada ekonomi Malaysia dan membina asas untuk memacu pendigitalan di seluruh negara, termasuk dalam merapatkan jurang digital.

 

Mengapa MyDigital ?

MyDigital ini dirangka untuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Rangka ini juga sebagai pelengkap kepada dasar pembangunan negara. Turut diselaraskan juga di dalam inisiatif MyDigital ini dengan insprirasi dalam Sustainalbe Developent Goals di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan, ekonomi digital dikenal pasti sebagai aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) bagi merialisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Akibat Pandemik Covid-19 berlaku di negara telah menjadikan ekonomi digital ini semakin berkembang serta penting untuk memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi. Penggunaan internet dan kemajuan teknologi ini telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan yang pesat yang merupakan komoditi pada masa hadapan. 

Walau bagaimanapun, negara akan berhadapan dengan implikasi seperti berlakunya peningkatan jurang digital jika pendigitalan ini tidak diuruskan dengan baik. Oleh itu, pentingnya menguasai pendigitan serta meraih peluang yang muncul daripada perubahan ini demi kesejahteraan semua orang untuk terus kekal berdaya saing dan relevan. 

 

 

Apa itu Ekonomi Digital ?

Sebagai aktiviti ekonomi dan sosial yang melibatkan pengeluaran dan penggunaan teknologi digital oleh individu, perniagaan dan kerajaan. 

Definisi ekonomi digital ini berbeza pada peringkat global. Hal ini kerana, pelbagai entiti termasuk institusi akademik dan organisasi antarabangsa telah memperkenalkan konsep ekonomi digital sejak akhir tahun 1990-an. 

 

Apa itu Revolusi Perindustrian Keempat (41R) ?

41R merupakan transformasi disruptif dalam industri melalui penggunaan teknologi baru muncul. Menurut World Economic Forum, 41P bercirikan teknologi yang menggabungkan alam fizikal, digital, dan biologi yang akan memberikan kesan kepada hampir semua bidang, industri serta ekonomi. Penerimaan teknologi yang semakin melonjak telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital. 

 





Catat Ulasan

0 Ulasan