Didapati pandemik Covid-19 yang melanda negara telah membuatkan banyak syarikat atau perniaga telah mula sedar akan kepentingan transformasi digital untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Disebabkan ini, syarikat yang besar dan Industri Kecil Sederhana (IKS) juga banyak menyatakan bahawa diri mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan pelanggan dan pembekal kerana infrastruktur komunikasi yang kurang baik. Oleh itu, syarikat besar telah mewujudkan norma baharu kerja yang menggalakkan penggunaan teknologi. Begitu juga kepada IKS yang telah melaburkan wang mereka untuk meningkatkan kualiti perkakasan dan perisaian bagi membolehkan mereka untuk bekerja dari rumah sahaja.
0 Ulasan