Semenjak pandemik Covid-19 ini melanda seluruh dunia, Malaysia juga tidak terlepas daripada wabak penyakit berjangkit tersebut. Keadaan ini telah membawa gaya hidup masyarakat berubah ke arah digital dan masyarakat tidak dapat melarikan diri daripada masalah ini melainkan bersama-sama hadapi dan atasi penyakit berjangkit tersebut. Oleh itu, cara hidup termasuklah ekonomi terpaksa berubah dari kaedah tradisional kepada teknologi pendigitalan. Semua masyarakat terpaksa mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung masalah penyakit tersebut seperti menjaga jarak satu meter, menghindari diri daripada berada di kawasan yang sesak, memakai pelitup muka, sentiasa membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Keadaan sedemikian yang membawa perubahan yang amat ketara kepada masyarakat kerana masyarakat terpaksa mendedeahkan diri untuk menggunakan teknologi digital serta memahami konsep transformasi digital. Fenomena ini tidak dapat dielakan kerana semua pekerjaan yang dilakukan telah banyak berpindah kepada penggunaan teknologi.
Transformasi digital adalah penggunaan teknologi untuk mengubah proses analog menjadi digital. Tahap transformasi adalah tahap menggunakan proses digital yang membolehkan inovasi dan kreativiti dalam produk digital tertentu, bukan sahaja bertambah baik, tetapi juga menyokong kaedah tradisional. Transformasi digital ini telah banyak mempengaruhi dan menyentuh pelbagai sektor kehidupan manusia bermula dari perniagaan, pendidikan, hingga hiburan, semuanya tidak dapat dipisahkan dari nama digitalisasi. Ditambah lagi semenjak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terlepas daripada wabak penyakit tersebut.
Walaupun transformasi digital kebanyakannya digunakan dalam konteks perniagaan, ia juga memberi kesan kepada organisasi lain seperti institusi kerajaan, institusi awam, dan organisasi yang terlibat dalam menangani cabaran sosial seperti pencemaran dan populasi di dalam kawasan dengan menggunakan satu atau lebih teknologi yang ada dan baru muncul. Transformasi digital bukan hanya mengenai teknologi dalam bentuk fizikal. Ini mengenai nilai, pengoptimuman, dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan cepat apabila diperlukan melalui penggunaan teknologi dan maklumat yang bijak.
0 Ulasan