Kebaikan dan Keburukan Transformasi Digital

Setiap kemajuan sesebuah teknologi seperti transformasi pendigitalan banyak menyumbangkan kebaikan kepada sektor sistem pendidikan, sektor perniagaan dan sektor awam di negara kita. Namun begitu, transformasi pendigitalan juga turut mempunyai keburukan yang memberi impak terhadap peningkatan kes-kes jenayah yang bijak menggunakan sistem pendigitalan ini dan sebagaunya yang memerlukan pembendungan yang ketat oleh pihak kerajaan agar jenayah siber ini tidak terus meleluasa di negara kita. Kebaikan dan keburukan transformasi pendigitalan adalah seperti berikut:


Kebaikan Transformasi Pendigitalan

a. Dapat membuat perniagaan secara online


Perniagaan secara online seperti Shopee, Lazada, SHEIN dan sebagainya. Selain itu, perniaga turut menyediakan pembelian makanan dan perkhidmatan penghantaran secara online seperti Foodpanda dan Grabfood kepada para pelanggan. Melalui transformasi pendigitalan ini, para perniagaan tidak lagi perlu mengalami kesusutan pada perniagaan yang mereka jalankan semasa berlaku pandemik covid-19. 

b. Menjadikan sesuatu pekerjaan lebih cekap dan pantas

 

Sebagai contoh, anda memerlukan tandatangan majikan anda secepat yang mungkin , tetapi anda bekerja dari rumah sahaja kerana anda mempunyai simptom penyakit Covid-19 dan perlu dikuarantin. Disebabkan itu, anda tidak boleh kemana-mana. Tetapi, dengan adanya digital tersebut, anda boleh terus meminta tandatangan majikan anda secara elektronik, oleh itu anda tidak perlu risau akan mencetak dan menghantar dokumen tersebut melalui kiriman surat kerana anda boleh meminta tandatangan melalui e-mel majikan anda sahaja sebaik sahaja ia masuk ke dalam peti masuk majikan anda.  

Keburukan Transformasi Pendigitalan

a.  Pelbagai bidang pekerjaan akan hilang

Dengan adanya teknologi yang canggih, tenaga manusia kurang digunakan kerana apa yang dilakukan oleh manusia banyak yang telah digantikan dengan mesin yang berfungsi secara automatik supaya kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah, efektif dan efisien. Keadaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan angka pengganguran di Malaysia.

b. Serangan Ransomware

Serangan ini telah meningkat sehingga 58 peratus serangan. Kaspersky menjelaskan bahawa serangan Ransomware sebelum ini hanya menyasarkan komputer peribadi namun kini lebih kepada peranti pintar terutama peranti yang menggunakan sistem operasi Android. Berdasarkan statistik, serangan pada komputer peribadi banyak dilakukan oleh Ransomware daripada jenis ‘Cryptolocker’ dan ia adalah perisian hasad popular. Modus operandi serangan adalah fail yang telah disimpan di dalam komputer milik mangsa tidak dapat diakses dan untuk membuka semula data yang telah dikunci, mangsa akan diminta untuk membayar sejumlah wang yang telah dikemukakan oleh penggodam.  

Catat Ulasan

0 Ulasan