Fungsi Transformasi Digital

 

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Malaysia memerlukan transformasi digital yang inklusif untuk mencapai ekonomi digital yang berdaya saing dan progresif yang seiring dengan negara maju yang lain. Oleh itu, kefungsian transformasi digital ini banyak dilihat dan digunakan semenjak Covid-19 yang telah melanda negara kita kerana ia telah mengubah cara kehidupan kita yang banyak menjejaskan semua orang dan telah memaksa syarikat untuk memikirkan semula cara mereka bekerja. Keadaan ini telah menyebabkan sebilangan besar syarikat bukan sahaja membuat perubahan fizikal di tempat kerja, tetapi juga menggunakan model perniagaan baru iaitu menggunakan transformasi digital yang ada . Wabak ini telah banyak memaksa syarikat untuk memulakan dan mempercepatkan penggunaan transformasi digital tersebut kerana syarikat terpaksa menghentikan operasi seketika disebabkan wabak yang melanda. Oleh itu, banyak tenaga pekerja yang terpaksa bekerja daripada rumah sahaja seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Perubahan cara bekerja tersebut telah menyedarkan mereka bahawa kecekapan bekerja dari jauh dapat menjadikan sesuatu pekerjaan lebih berkesan, cekap dan memberikan nilai kepada pelanggan walaupun mereka tidak bekerja di pejabat dan mereka dari rumah juga bekerja mengikut masa yang telah ditetapkan seperti waktu pejabat. Hal ini dikatakan demikian, penggunaan sistem yang digital menjadikan proses lebih cepat, tepat dan meminimumkan sumber dalam proses. Secara tidak langsung, ia tidak akan memakan banyak masa.

Oleh hal yang demikian, transformasi digital kini berfungsi dengan bergerak pada kadar yang lebih pantas berbanding sebelum ini. Maka, proses manual boleh digantikan dengan teknologi yang boleh mewujudkan produktiviti yang lebih tinggi, secara tidak langsung,pekerja mempunyai lebihan masa untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Oleh itu, pelbagai industri yang dapat menjadi lebih berkesan dan cekap kerana langkah-langkah kecil yang mereka ambil ke arah memanfaatkan transformasi digital. 


Catat Ulasan

0 Ulasan