Sistem Pendidikan


Transformasi pendigitalan telah diterapkan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Langkah langkah ini bertujuan untuk memberi pendedahan baharu kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah agar mereka dapat mengenali serata menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi pendigitalan dari semasa ke semasa. Transformasi pendigitalan dalam sistem pendidikan juga membolehkan kebanyakkan pelajar mengenali norma baharu dalam perubahan pembelajaran.

Oleh itu, mereka dapat menyesuaikan diri dengan teknologi baharu. Transformasi pendigitalan digunakan sangat meluas terutama dalam sistem pendidikan ini. Hal ini kerana, untuk membantu para pelajar untuk meneroka sistem teknologi ini dengan lebih mendalam serta dapat memperoleh pengalaman baharu dalam sesi pembelajaran. Transformasi pendigitalan juga telah merubah sistem pendidikan ke arah pendidikan yang lebih efisien dan kreatif. 

Penambahbaikan yang dibangunkan dalam sistem pendidikan dapat menunjukkan bahawa teknologi ini cenderung dalam menlahirkan insan yang mempunyai pemikiran kreatif. Transformasi pendigitalan ini memudahkan tenaga pengajar atau kakitangan dalam bidang pendidikan dalam melakukan tugas serta membuat kemas kini dengan pantas dan telus. Tidak dinafikan bahawa transformasi pendigitalan ini telah membawa banyak kebaikan dalam pembangunan sistem pendidikan di negara Malaysia.

Catat Ulasan

0 Ulasan